rcb-logo
Products
Home / news / rcb terus komited menyokong hakim danish dalam karier perlumbaan

RCB TERUS KOMITED MENYOKONG HAKIM DANISH DALAM KARIER PERLUMBAAN

NEWS

May 18, 2025

News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image

Kuala Lumpur, 19 Mei 2025 – RCB hari ini menerima kunjungan rasmi daripada pelumba muda Negara Hakim Danish yang baru tiba di Ibu Negara, sebagai tanda komitmen berterusan beliau terhadap kerjaya perlumbaan dan penghargaan atas sokongan penajaan daripada RCB. Hakim Danish sedang mendahului carta kejuaraan keseluruhan bagi perlumbaan MotoGP Redbull Rookies Cup 2025.


Sebagai penaja peribadi kepada Danish, RCB amat berbangga dengan pencapaian dan dedikasi tinggi yang ditunjukkan oleh beliau dengan kemenangan dalam setiap perlumbaan. Kehadiran Danish ke ibu pejabat RCB mencerminkan hubungan profesional yang cukup baik serta nilai kerjasama diantara pelumba dan penaja.


Kami di RCB amat menghargai kesungguhan dan semangat juang yang dibawa oleh Hakim Danish. Beliau bukan sahaja menjadi inspirasi kepada pelumba muda lain, tetapi juga memberi komitmen yang baik dalam membawa jenama kami ke pentas antarabangsa,” kata Marcus Leong selaku Pengurus Besar Kumpulan Pemasaran RCB.


Kami akan terus memberikan sokongan penuh dari segi teknikal, logistik dan promosi demi membantu beliau mencapai kejayaan dimasa hadapan.


Sebagai penaja peribadi, RCB melihat inisiatif ini sebagai satu platform yang cukup berharga untuk mendekati dan mengenali para pelumba muda negara. Harapan RCB adalah untuk membimbing mereka menjadi pelumba yang bertanggungjawab dan berkeyakinan di samping dapat memberi contoh yang baik kepada pelumba-pelumba cilik Negara. Selain daripada peningkatan diri secara individu, RCB percaya bahawa mereka mampu menjadi ikon dalam kalangan rakan sebaya, dengan menjadi contoh teladan dalam mengamalkan budaya positif, mempelajari teknik penunggangan yang selamat, serta bergerak ke arah haluan yang profesional dan bertanggungjawab.


Kepulangan Hakim Danish ke tanah air juga dilihat sebagai satu sokongan moral yang besar kepada perlumbaan FIM MiniGP dan RCB MiniMoto, yang bakal berlangsung pada 24-25 Mei ini di Litar Horizon Beranang. Kehadiran beliau dijangka memberi motivasi kepada pelumba muda yang bakal beraksi, serta menunjukkan kesinambungan sokongan RCB terhadap pembangunan bakat sejak dari peringkat akar umbi.


Usaha ini selari dengan komitmen RCB untuk membangunkan komuniti permotoran yang lebih positif dan progresif. Melalui pendekatan yang sistematik dan bimbingan berterusan, program seperti ini juga dilihat mempunyai potensi besar sebagai platform pembangunan bakat, yang akhirnya dapat melahirkan pelumba-pelumba yang mampu bersaing di peringkat lebih tinggi termasuk kejohanan dunia seperti MotoGP.


RCB mengucapkan selamat maju jaya dan menyokong penuh kepada Hakim Danish untuk perlumbaan yang akan datang.


TAMAT


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Lyna Ayob

Bahagian Komunikasi Korporat - MKA Group (Automotive Department)

📧: nor.lina@mkagrp.com

📞: ‪‪+6019-317 4555‬


Share Article on

INTERESTED IN ANY PRODUCTS?

BE A DISTRIBUTOR

rcb-logo

HEADQUARTER

Meng Kah Auto Parts Trading Sdn Bhd.

No. 40, Jalan TPP5,

Taman Perindustrian Putra,

47130, Puchong, Selangor.

+603-503 35833

enquiry@rcb.com

CONNECT WITH US ON

COPYRIGHT 2024 © RCB(511600-H)