rcb-logo
Products
Home / news / kasma daniel berazam mengekalkan kemenangan dalam pusingan kedua arrc 2025

KASMA DANIEL BERAZAM MENGEKALKAN KEMENANGAN DALAM PUSINGAN KEDUA ARRC 2025

NEWS

May 28, 2025

News image
News image
News image
News image

SELANGOR, 29 Mei 2025 – Pelumba Negara, Kasma Daniel mewakili pasukan Hong Leong Yamaha Motor dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) yang juga merupakan atlet tajaan RCB, telah membuat kunjungan hormat ke ibu pejabat RCB semalam sebelum menghadapi cabaran dalam Pusingan Kedua ARRC hujung minggu ini di PETRONAS Sepang International Circuit.


Kasma Daniel kini mendahului carta keseluruhan bagi kategori SuperSports 600cc (SS600) bertekad untuk meneruskan rentak cemerlangnya di Litar Sepang, yang dianggap sebagai salah satu litar kegemarannya.


“Saya amat yakin dan bersedia untuk perlumbaan minggu ini. Harapan saya adalah untuk mengekalkan prestasi podium dalam setiap perlumbaan. Dengan strategi yang baik serta penyediaan motosikal yang optimum, saya berharap dapat berada di hadapan dari sesi Latihan hingga ke perlumbaan,” kata Kasma dengan penuh semangat.


Kasma telah menunjukkan dominasi yang konsisten dalam perlumbaan sebelum ini dan berharap dapat memanfaatkan kelebihan pengalaman di Sepang untuk terus mengukuhkan kedudukannya dalam kejuaraan.


Dalam lawatan tersebut, Kasma turut merakamkan penghargaan kepada semua penaja yang sentiasa menyokong perjalanan karier perlumbaannya, termasuk RCB yang merupakan salah satu penaja peribadi beliau serta pasukannya di kejohanan ARRC dan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.


Berdasarkan pengalamannya dalam dunia sukan permotoran, Kasma sering menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak RCB dalam usaha memperkukuhkan kerjasama antara pelumba dan penaja.


Selain itu, Kasma juga telah berkongsi maklum balas berkenaan beberapa perkara yang boleh dipertingkatkan oleh pihak RCB dalam usaha memperhalusi penggunaan produk alat ganti yang digunakan semasa perlumbaan.


Menurut Amir Azizi Rahman selaku Pengurus Jenama RCB, “RCB sentiasa komited dalam menyokong pembangunan pelumba dan pasukan. Kami juga berhubung rapat dengan mereka bagi memastikan produk kami menepati keperluan produk dan alat ganti dalam memastikan prestasi mereka di litar. Sokongan kami bukan sahaja dari segi penajaan, tetapi juga melalui maklum balas teknikal yang berterusan.”


Kasma Daniel telah hadir bersama pelumba-pelumba daripada Pasukan UMA Racing Yamaha Maju Motor Asia iaitu Nazirul Izzat Bahauddin, Danial Syahmi Ahmad Shahril, Muhammad Adib Arsyad termasuk dua pelumba antarabangsa daripada Filipina, Eane Jaye dan April King.




RCB merupakan penaja kepada pelbagai pasukan ternama dalam ARRC, antaranya UMA Racing Yamaha Maju Motor, JDT Racing Team, Boon Siew Honda Racing Team, Yuzy Honda Racing, UMA Racing Yamaha Philippines, LFN H.Putra 969, Ziear Racing Team, One for All Team, Honda Racing Vietnam, Yamaha Gen Blu Racing Team ASEAN, Honda Racing India, Astra Honda Racing Team, Thailand Yamaha, Honda Thailand and TVS Asia One-Make Championship.


Pusingan kedua ARRC 2025 akan bermula dari 30hb Mei hingga 1hb Jun 2025. Hari Jumaat akan bermula sesi Latihan 1 dan 2, diikuti sesi ujian masa dan Perlumbaan 1 pada hari Sabtu, manakala Perlumbaan 2 akan berlangsung pada Ahad.


Peminat permotoran tempatan dijemput hadir memberikan sokongan kepada pelumba-pelumba dalam usaha mereka mencipta nama di pentas antarabangsa.


TAMAT


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Lyna Ayob

Bahagian Komunikasi Korporat - MKA Group (Automotive Department)

📧: nor.lina@mkagrp.com

📞: ‪+6019-317 4555‬‬‬‬


Share Article on

INTERESTED IN ANY PRODUCTS?

BE A DISTRIBUTOR

rcb-logo

HEADQUARTER

Meng Kah Auto Parts Trading Sdn Bhd.

No. 40, Jalan TPP5,

Taman Perindustrian Putra,

47130, Puchong, Selangor.

+603-503 35833

enquiry@rcb.com

CONNECT WITH US ON

COPYRIGHT 2024 © RCB(511600-H)