rcb-logo
Products
Home / news / rcb mini moto championship dirasmikan di litar antarabangsa kart sepang

RCB MINIMOTO CHAMPIONSHIP DIRASMIKAN DI LITAR ANTARABANGSA KART SEPANG

NEWS

April 24, 2025

News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image
News image

Sepang, 25 April 2025 – RCB MiniMoto Championship telah dirasmikan dengan jayanya hari ini di Litar Antarabangsa Kart Sepang bersempena dengan perlumbaan pusingan pertama musim ini. Kejohanan ini mengetengahkan pelumba-pelumba muda Malaysia berusia antara 6 hingga 9 tahun, dan buat julung kalinya, perlumbaan berlangsung di litar penuh sepanjang 1.243km yang telah diiktiraf oleh Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM).


Sebanyak 12 pelumba cilik telah dipilih menerusi sesi pemilihan yang berlangsung pada 12 April 2025 di Litar Sepang, yang menyaksikan seramai 35 orang peserta mendaftar secara dalam talian bagi merebut tempat dalam kejohanan ini.


Majlis perasmian disempurnakan oleh Puan Norlina Ayob, Pengurus Komunikasi MKA Group, bersama Zulfahmi Khairuddin dari ZK Racing selaku Pengurus Kejuaraan.


Menurut Marcus Leong, Pengurus Besar Kumpulan Pemasaran MKA Group:


“RCB telah menyokong perlumbaan MiniGP selama beberapa tahun melalui pembekalan alat ganti teknikal, sokongan kewangan untuk program serta membantu membina kerjaya atlet RCB seperti Qabil dan Hakim.


Untuk RCB MiniMoto, kami berbangga menjadi penaja utama. Sokongan kami merangkumi pembekalan teknikal dan bantuan kewangan bagi memastikan kelancaran program ini.


Ia merupakan satu ekosistem pembangunan yang kukuh – dari peringkat akar umbi seperti MiniMoto hingga ke MiniGP – dalam mencungkil dan membimbing bakat muda yang berpotensi besar. Tidak mustahil satu hari nanti, pelumba dari program ini akan mewakili Malaysia di pentas MotoGP.


Selain membentuk pelumba profesional, RCB MiniMoto juga berperanan mendidik generasi muda menjadi penunggang jalan raya yang lebih bertanggungjawab dan selamat. Ia memupuk disiplin, etika perlumbaan, dan mengelakkan mereka daripada terlibat dalam perlumbaan haram di jalan raya.


Kami berharap kejohanan ini akan menjadi pencetus kepada lebih banyak acara seumpamanya dianjurkan di seluruh negara.”


Pusingan pertama RCB MiniMoto Championship akan berlangsung pada 26 dan 27 April 2025 di Litar Antarabangsa Kart Sepang. Orang ramai juga boleh menonton aksi para pelumba muda ini secara langsung melalui Facebook rasmi RCB MiniMoto Championship pada hari Ahad ini.

Share Article on

INTERESTED IN ANY PRODUCTS?

BE A DISTRIBUTOR

rcb-logo

HEADQUARTER

Meng Kah Auto Parts Trading Sdn Bhd.

No. 40, Jalan TPP5,

Taman Perindustrian Putra,

47130, Puchong, Selangor.

+603-503 35833

enquiry@rcb.com

CONNECT WITH US ON

COPYRIGHT 2024 © RCB(511600-H)